Adat sopan dan peribahasa bangsa Melayu memang unik dan tersendiri. Contohnya, patah tumbuh hilang berganti adalah satu ungkapan yang ringkas tapi begitu mendalam maksudnya.Dan dengan ertinya itu juga penulis ingin kaitkan dengan permulaan era Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Penulis mengucapkan tahniah kepada DS Najib Tun Razak. Penulis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Lah di atas segala jasa beliau kepada agama, bangsa dan negara selama ini.
Sesungguhnya, jawatan itu begitu besar, rumit dan memerlukan pengorbanan yang lebih besar jika dibandingkan dengan jawatan-jawatan lain yang Najib pernah pikul sebelum ini.
Malah, Najib memikul tanggungjawab itu tatkala parti UMNO dan BN memerlukan nakhoda yang mampu mengemudi 'kapal' merintasi ribut dan taufan. Realitinya, UMNO dan BN bukan di dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Begitu juga dengan kestabilan ekonomi negara yang amat memerlukan pendekatan dan perlaksanaan jitu agar tidak rebah bersama-sama kekusutan ekonomi global hari ini. Negara amat memerlukan pemimpin yang berpengalaman, tegas, berwawasan, tajam fikiran dan tetap pendiriannya.
Seperkara lagi, perubahan pucuk pimpinan negara ini sekali lagi telah menidakkan dongengan dan fitnah parti pembangkang bahawasanya Pak Lah akan terus menjadi Perdana Menteri. Mereka begitu terdesak dan pastinya kempunan dengan proses perubahan pucuk pimpinan negara yang berjalan dengan lancar dan sempurna.
Yang paling kempunan sekali tentunya ialah DS Anwar Ibrahim. Beliau gagal dalam quest beliau untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Kini beliau berdepan dengan Najib Razak yang merupakan rakan tugas beliau semasa beliau masih berada di dalam UMNO dahulu.
Tetapi sebagai seorang pemimpin yang veteran dan berpengalaman, penulis pasti Anwar Ibrahim tidak akan mengalah dan akan meneruskan usaha beliau di masa depan.
Kini terpulang kepada Najib Razak untuk membuktikan ketokohan dan kepimpinan beliau. Tatkala ini beliau sebenarnya berdepan dengan harapan yang menggunung langit daripada ahli-ahli UMNO, BN dan juga rakyat jelata.

Memang benar bahawa ungkapan menggunung langit itu dirasakan amat mustahil tetapi dalam konteks cabaran dan lanskap politik negara ini, Najib Razak perlu berusaha agar yang tampak mustahil itu dapat beliau usaha dan jalankan dengan jayanya.
Najib dan pasukan beliau mesti berkhidmat dengan lebih berdedikasi dan transparens serta banyakkan masa bersama rakyat tanpa protokol yang memualkan dan membazir duit rakyat. Suara dan keluhan rakyat perlu didengar dan dibantu. Dan bukannya hanya ketika musim pilihanraya sahaja.
Kerana itu juga Najib amat memerlukan pasukan yang bukan sahaja mampu membantu beliau tapi pasukan yang mampu berfikir, menelaah dan memberikan pandangan-pandangan yang praktikal serta rasional kepada Najib.
Pembahagian potfolio kerja perlu disertakan dengan great thinkers yang mampu mengemudi potfolio tersebut tanpa perlu memeningkan serta campur tangan Najib yang kerap. Dengan cara itu, Najib dapat memfokuskan tenaga beliau kepada perkara-perkara yang lebih penting, baik di dalam parti mahu pun negara.
Di sini juga penulis ingin mengulang pandangan beberapa pemimpin-pemimpin UMNO yang mencadangkan agar terdapat MT dan pemimpin-pemimpin sayap UMNO yang tidak diberikan jawatan di dalam kerajaan kelak.
Tujuannya ialah agar pemimpin-pemimpin tersebut dapat memfokuskan seluruh masa dan tenaga mereka di dalam parti UMNO dan mengurus serta memperbaiki segala kelemahan di dalam parti UMNO.Penulis amat bersetuju dengan cadangan ini.
Realitinya, UMNO amat memerlukan 'complete engine over-haul' dan bukan sekadar 'tukar minyak enjin dan oil filter' sahaja. Hanya dengan cara itu sahaja UMNO akan kembali segar, bermaya serta hayat hidupnya dapat dipanjangkan lagi.
Seperkara lagi, yang pastinya Yang Dipertuan Agung tidak terkeliru dengan pandangan seorang bekas Menteri Melayu yang berharap agar Yang Di Pertuan tidak memperkenankan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang ke-6! Zaid Ibrahim namanya.

