Oleh MIM TEAM
Peristiwa Memali sudah 25 tahun. Hanya mereka di umur 35 tahun ke atas yang mungkin tahu tentang peristiwa berdarah itu. Yang lain tidak tahu, hanya sekadar membacanya di wikipedia dan internet.
Tragedi itu boleh dielakkan tetapi berlaku juga. Mereka yang meninggal dunia kerana percaya kepada perjuangan parti PAS, hari ini telah dicabuli dek kerasukan pemimpin-pemimpin parti PAS hari ini yang bersekongkol dengan DAP dan mengenepikan perjuangan negara Islam.

Banyak perkara yang masih tiada jawapannya sehingga ke hari ini. Dan tidak mungkin pemimpin-pemimpin veteran PAS berani untuk menjawabnya!
Di manakah hilangnya wang derma untuk keluarga di Memali? Kenapa parti PAS berdiam diri dan tidak menerangkan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS.
Walau pun sudah 25 tahun, wang derma itu entah ke mana!
Bagaimana pula dengan balu Allahyarham Ibrahim Libya yang dihina oleh PAS sendiri?
Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan mengenai Tabung Mangsa Memali disiarkan dalam akhbar resmi PAS, Harakah.
Tidak cukup dengan itu, para pejuang PAS yang mendakwa bersifat mujahid menerbitkan berbagai bahan bacaan seperti buku dan makalah bagi menarik simpati ahli PAS dan juga orang ramai.
Pada pandangan umum segalanya berjalan lancar dan waris-waris mangsa benar-benar telah mendapat pembelaan.
Begitulah yang tersurat mengenai tabung berkenaan.Mereka yang bersimpati dan telah memberi sumbangan berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana derma ikhlas mereka sampai kepada apa yang dimaksudkan. Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Kehendak Allah tidak dapat di duga oleh hamba-hamba-Nya, walaupun oleh mereka yang bertaraf ulama. Maka dengan kehendak-Nya sekumpulan waris mangsa tragedi Memali membuat aduan polis mengenai wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan tabung berkenaan.
Tarikh 27 Julai 2000 merupakan hari meletupnya 'bom jangka' yang sekian lama terpendam dikalangan waris mangsa. Bagi pihak waris mangsa yang diketuai oleh Zainon Ismail, segalanya dilakukan kerana ruang untuk menyelesaikan masalah yang tercetus dari isu penyelewengan tabung berkenaan telah tertutup rapat dan nama baik mereka tercemar dengan teruknya.
Adalah difahamkan bahawa pihak pucuk pimpinan PAS, khususnya Datuk Fadzil Noor tidak mengendahkan pendedahan mereka malah memihak kepada pihak yang didakwa.
Ekoran laporan akhbar mengenai pengakuan bahawa balu-balu tragedi Memali tidak mendapat bantuan setimpal daripada pengurusan Tabung Mangsa Memali, balu Allahyarham Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, Soleha Hussain mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS.Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.
Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.
Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang terlibat dalam pendedahan itu berada dalam ketakutan kerana diugut oleh penyokong-penyokong PAS dari luar Memali. Kononnya ada yang memfatwakan bahawa darah mereka halal kerana mereka telah dianggap penderhaka PAS. (seterusnya)
Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Jelasnya, Datuk Fadzil perlu mendengar penjelasan pihak mangsa bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam pengurusan tabung berkenaan.
Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, beliau mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.
Akibat daripada penyelewengan itu, ahli-ahli PAS di kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu. Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan.
Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'







