
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) mempertahankan, kerajaan tidak pernah menjanjikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengajian luar negara bagi kesemua pelajar cemerlang SPM.
Sebaliknya tegas Najib, kerajaan hanya mengatakan bahawa biasiswa JPA adalah bagi kedua-dua pengajian dalam dan luar negara, yang diberikan kepada mereka yang memperoleh kelulusan 8A+.
“Janji kita ialah kesemua pelajar 8A+ akan mendapat biasiswa kerajaan untuk (belajar sama ada) di peringkat tempatan dan luar negara. Kami tidak pernah menjanjikan bahawa setiap orang akan mendapat biasiswa ke luar negara.
“Publik kadangkala tidak faham,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Isu pengagihan biasiswa sebagaimana tahun-tahun sebelum ini muncul sekali lagi dengan parti-parti komponen BN mendakwa wujud salah guna kuasa di pihak JPA.
Hari ini, Najib menjelaskan bahawa pelajar-pelajar yang ditawarkan biasiswa bagi kursus-kursus diploma juga akan layak untuk biasiswa pengajian ijazah.
“Mereka yang menerima biasiswa dalam negara bagi program diploma kerana mereka ditawarkan diploma oleh universiti-universiti terbabit.
“Tetapi kerajaan akan menjamin untuk menaja pelajar yang mahu meneruskan pengajian mereka dengan biasiswa peringkat ijazah,” katanya lagi.

4 comments:
Senang aja. Keluarkan senarai semua penerima biasiswa JPA tu.
Mesti dipenuhi anak saudara orang-orang tertentu saja.
Apa susah sangat nak keluarkan senarai semua penerima JPA?
Sebenarnya kerajaan menghadapi RISIKO BESAR dengan menawarkan biasiswa JPA kepada pelajar Cina dan India utk belajar ke luar negara kerana mereka ini berkemungkinan besar selepas mendapat ijazah dari universiti luar akan terus tinggal dan bekerja di luar negara.
Kerajaan perlu buat kajian berapa peratus pelajar tajaannya yang bertindak bekerja di luar negara selepas tamat belajar.
Ini amat merugikan kerajaan kerana telah berbelanja besar untuk mereka yang tidak mengenang budi.
public memang tak faham... yang faham najib aje....kalau berani keluarkan senarai penerima biasiswa... keputusan penerima biasiswa tersebut...
anonymous: erm yeake, tp mmbr umh aku bpak die org kuat pas pn leh dpt JPA, mcm mane ko leh ckp org2 tertentu je..
Post a Comment