
ilustrasi foto
Siapakah individu bergelar Tan Sri yang membeli sijil ijazah?
Selain daripada itu, ada juga ahli-ahli politik yang turut membeli sijil!
Anda tahu mereka itu?
Sila baca di bawah :
SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.
"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat.
"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini. seterusnya

No comments:
Post a Comment